SELAMAT DATANG KE BLOG INI..TERIMA KASIH..

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday 16 September 2011

LOGHAT TEMAN..

Assalammualaikum..
Salam 1 Malaysia..

Hari ni 16 september 2011..
Malaysia buat sambutan kemerdekaan yang ke-54..
sebelum terlupa aku nk ucapkan "Selamat Hari Malaysia" kepada semua rakyat malaysia..
huhu..(tetibe semangat patriotik..hehe)

Selalunya kalau hari-hari macam ni orang ramai bercakap pasal agama, bangsa, budaya, warna kulit dan macam-maam lagi..
konon tak ada beza la kan.."1 Malaysia"..semua sama..kannnnn..haha..
tapi aku nak buat kelainan sikit..
aku nak cakap tentang loghat negeri lak..(konon tak pernah dibuat orang..huhu..)
tak kisah la kita orang utara ke, selatan ke, timur ke, atau barat semua ada loghat masing-masing..
tengok...betapa kayanya loghat kat malaysia ni kan..huhu..

Hurmmm...
tapi disebabkan aku ni orang perak..aku nak cakap pasal loghat perak jele ek..huhu..
aku rase banyk dah penerbit filem dan pencipta lagu yang mempromosikan loghat perak ni..
satu lagu yang paling femes kat perak ni..lagu "doroyan dah berbunge"
semua orang perak mst tau kan lagu ni..huhu..
kat sini aku bagi kome dengo yer...huhu..


Ater..agak-agak nyer kome paham ke lagu ni? huhu..
kalo tak paham buat-buat paham jele ek..
filem-filem gini haghi pun banyak jugak yang berasaskan loghat peghak ni..
kalo teman sebut filem ni mesti kome tau pnya..
meletup filem ni..abis dialognyer jadi perbualan ghamai..huhu..
boleh kata satu fenomena la jugak,,hehe..
filem yang teman nak kabo ni filem
"hantu kak limah balik rumah"
msti kome tau kan..haha..
kat sini teman bagi kome tengok sedutannye yer..huhu..

Hurmm..teman rasa bnyk lagi filem dan drama pasal loghat peghak ni..
mangkor teman nak nulis nyer..
setakat yg teman ingat drama orang gaji 41..alaa..yang pah bedah tu...heeh..
lagi..filem zombi kampung pisang..yang ni kira episod prtama bagi HKLBR la..huhu..
macam-macam lagi ler..
tak larat teman nk kabo nyer...huuhu..

Teringat teman mase blajo kat parit dulu..
memang pekat bebeno loghat deme..
kadang-kadang jenuh nak nangkapnyer..
he'eh..ajer yang yer..
tapi pape pun teman bangge ngan loghat peghak ni..
kalo x cakap loghat peghak ni ghase tak puas..
nak kena cakap gak walau sepatah..haha..(over la pulak)..

Teman ghase pembace blog teman yang bukan asal dari peghak ni pun paham kot ape yang teman tulis..
cume gago sikit le ek..
tak pe ler..belajor sikit-sikit..
lame-lame ceghodik ler..haha..

Kalo kome nanye pasal senarai loghat atau jenis-jenis loghat peghak ni..
kome cari sendiri kat google..
teman nk kabo yang ni je..huhu..
tak lalu teman nak kabo sume..hehe..

Wokeyh ler..
had ni jele ek teman nulis..
nanti biler-biler ade mase teman nulis lagi..huhu..
kalo ghase teman ni salah kome buat-buat tak nampak jele ek..
saje suke-suke nulis..hehe..

Tak kisah la kite org puteh ke, org hitam ke, org coklat ke,..
yang penting kite hormat satu sama lain yer..hehe..
ok..Assalammualaikum..
Salam 1 Malaysia..



Read more...

Wednesday 14 September 2011

"COUPLE" DALAM ISLAM...

Assalammualaikum..

Sejak akhir-akhir ni aku selalu dengar cerita tentang jodoh ni..
kepada yang baru dan akan berkahwin aku ucapkan tahniah..
kepada yang mengalami masalah tu bawak2 la berbincang..huhu..
tapi bukan pasal rumah tangga yang aku nak bincangkan kat sini..

Aku nak bincang tentang pasangan "couple" ni..
ramai kawan-kawan aku yang sedang bercouple ni..
yang hubungan ok tu bagus la..
tapi ada jugak yang asyik bergaduh je..
hurmm..macam-macam..
tapi korang pernah terfikir tak?
ada ke istilah couple ni dalam islam?
elok sangat ke duduk berdua-duaan ni?
hurmmm..
ingat lah pesanan Rasullullah s.a.w.

"Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan" (riwayat tabrani)

Syaitan dan iblis ni adalah musuh kita yang paling nyata..macam2 tipu helah yang digunakan..
sedangkan nenek moyang kita nabi adam dan siti hawa pun terjerat dengan kata-kata iblis inikan kita manusia biasa..
siapa la kita nak dibandingkan adam dan hawa..

Kita sebagai makhluk tuhan perlu berdoa untuk mendapatkan pasangan hidup telah ditetapkan..
jodoh pertemuan di tangan tuhan..takdir kita telah ditetapkan sejak azali lagi..
kita hanya perlu yakin bahawa jodoh akan datang sendiri tanpa kita duga..

Allah s.w.t berfrman..
"boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (albaqarah : 216).


tak perlu la sedih menangis setiap malam kerana dikecewakan dan ditinggalkan..
dan tak perlu la bimbang jika belum menemui jodoh..
kerana semua itu adalah takdir Allah dan ingatlah bahawa Allah lebih mengetahui.. 

Hurmm...bagi pasangan couple tu x perlu la terlalu over dan bangga sangat..
tak ada benda yang perlu dibanggakan..
jaga lah batas-batas pergaulan yang diteetapkan dalam islam..
islam itu indah dan sempurna..
ingat lah cinta dalam islam hnya satu..
iaitu perkahwinan..

Rasullullah s.a.w bersabda,,: 
"tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai selain nikah" (ibni majah).


Hurmm..setakat ni je aku tulis dulu..
aku harap lepas ni orang akan lebih menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan..
kurangkan la duduk berdua-duaan kerana ada mkhluk lain bernama syaitan bersama korang..
aku harap entry kali ni boleh memberi nasihat kpda kita semua..

Sabda Rasullullah s.a.w..: "sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat"..(HR Bukhari dan At-Tirmidzi)

Assalammualaikum..




Read more...