SELAMAT DATANG KE BLOG INI..TERIMA KASIH..

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday 6 October 2011

HALAL DAN HARAM..

Assalammualaikum..

Hari ini aku nak berkongsi pasal sesuatu perkara ni..
aku dapat benda ni dari laman sosial facebook..huhu..
punya la panjang lebar benda ni..
nak senarai kan satu per satu makanan haram je motifnya..hehe..
ok lah..aku copy paste jela ye..bagi korang tgk..huhu..(padahal tak larat nak taip..hehe..)

BABI SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI
> 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
> 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
> 3. Ajinomoto ( Thailand )
> 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
> 5. Semua tauhu buatan Orang Cina
> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
> 7. Sabun FAB berbuku
> 8. Lobak Jeruk
> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
> 10. Krim Muka Hazeline Snow
SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)
> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ika n buatan Orang Cina
> 3.. Daging Burger Import
> 4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
> 5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup'
> 6. Berus Gigi Jenis ' Reach'
> 7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
> 8. Semua sabun mandi yang diimport
> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
> 11. Have Pearl Cream
> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina
> 14.. Beehon Segera Siam
> 16. Sabun Mandi Yang Berminyak
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )
> 1. Bosset Wine Gum
> 2. Dairy Milk Coklat
> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
> 4. Sugus Strawberry
> 5. Passer Doily Mixture
> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
> 7. Scothes Vikmin
> 8. Share Extra Atrenght
> 9. Black Current Jelly
> 10. Royal Gulaman & Decart Oranges
> 11. Valvis Gelatin
> 12. Sarung Kapsul Ubat
> 13. Ais Krim dalam bekas plastik
> 14. Gula-gula Fruities
> 15 Cake Mets Vilber Punch
> 16 Coklat Cake
> 17 Tepung Kastard Lady's Choice
> 18 Semua jenis Jelly
> 19 Semua jenis gincu bibir
> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo
> 21 Lady's Choice Jelly
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA
> 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
> 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
> 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
> 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
> 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
> 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND
Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberutahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang.
TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.
Confirm - Pringles Potato Chips - tidak HALAL !!
AMARAN OLEH KERAJAAN M'SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!
Ref. Message: Pringles Potato Chips
Looks like you have to find another alternative to munch.
Just to let you and gang know......... I have checked.. It's true that the chips contain Emulsifier.
Dr Safurah Hj Jaafar ;
Principal Assistant Director;
Ministry of Health , Malaysia ;
Tel: 03-2540088

Ok..dah baca? hehe..
aku rasa mesti ramai dah tau kan pasal artikel ni?
aku tengok kat situ dah 1316 orang yang share benda ni..
wahhh..ramainya..bangga orang yang buat benda ni..haha..

Hurmm..
tapi korang pernah tak cuba cari bukti benda ni betul atau tak? 
pernah tak telefon nombor yang tertera tu?
aku rasa yang 1316 oarng yang share tu semua tak pernah nak cari kebenaran kan?
yang depa tau baca dan share..
konon nak selamatkan umat islam dari mkan benda haram..
memang sangat mulia tindakan tu..
tapi korang sedar tak kalau benda ni tak betul, ia boleh jadi fitnah pada orang lain?
besar dosanya..


Baiklah..tak payah nak cakap banyk kan..hehe..
aku dah cari dekat laman web JAKIM sendiri pasal benda-benda yang disenaraikan diatas..
kebanyakannya semua telah mendapat sijil halal..
pastu buat apa lagi kita nak fitnah syarikat-syarikat yang tak bersalah ni..
ini semua hasad dengki orang nak menjatuhkan orang lain je..
kalau rasa was-was tentang sesuatu perkara tu terus je rujuk kat jakim..kan senang?

Hurm..hari ni jugak aku jumpa satu artikel yang ada kaitan dengan artikel di atas..
DR. SAFURAH HJ JAAFAR..orang yang kononnya bertanggungjawab keluarkan artikel di atas kan?
tapi sebenarnya dia sendiri pun x tau pasal artikel tu..
kat sini aku ambil petikan dari kata dia..

"Tkasih atas email puan,
Nama saya yang terkandung dalam surat yang puan hantar dibawah berkaitan, adalah salah guna nama saya pada tahun 1998-2000!!! Saya tidak membuat apa-apa kenyataan mengenai pringles, dulu, kini dan selamanya ..dan penggunaan nama saya dalam hal ini adalah satu kesalahan amat besar dari segi undang-undang dan dosa besar dari segi ugama.
Saya pun telah maklum kepada ramai pengguna internet yang saya mampu pada tahun 1998 - 2000 salah-laku yang dibuat oleh penghantar dan kali ini perkara yang sama berlaku. Penghantar tanpa segan dan takut meluaskan penghantaran tanpa usul periksa.
Puan boleh memaklumkan kepada kumpulan internet yang berkaitan maklumbalas dari saya. Sila dapat penjelasan terus dari JAKIM dalam hal ini.
Sekian Terima kasih atas keperihatinan puan.
wslm,"

Dr. Safurah ni sendiri pun tak pernah nak sebarkan benda tak betul ni..
tapi kita dengan membabi buta je sebarkan..
bukan dah jadi fitnah ke pada dia? 
hmm..aku dapat artikel ni dari sini.. (takut orang kata aku pandai2 pulak kan..huhu..)

Hurm..setakat ni jela..
lain kali cuba la siasat sesuatu perkara sebelum menyebarkannnya..
tak rugi kita menyusahkan diri kita mencari kebenaran..
daripada menyusahkan kita diakhirat..kan? 

Baiklah..setakat ini ssaja dlu..
Assalammualaikum..



Read more...

Thursday 22 September 2011

LELAKI SOLEH

Assalammualaikum..

Lama dah saya tak menulis kat sini..huhu..
hari ni tetiba rasa nak berkongsi sesuatu..hehe..
hurmm,,,sebelum ni saya ada tulis tntng ciri-ciri wanita idaman lelaki..
terima kasih sebab sudi baca dan komen..
saya terima komen daripada seorang kawan dia suruh buat pasal lelaki pulak..huhu..
oookkkk lah..hari ni saya nak kongsi pasal ciri-ciri lelaki soleh..
ciri-ciri yang patut perempuan sekarang cari..hehe..

paradigma mukmin

Kata orang lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya..kannn?
tapi kena ingat..lelaki yang baik tak semestinya soleh..
tetapi lelaki yang soleh itu semestinya baik..
setuju tak? hehe..

Hurmm..sebenarnya orang-orang soleh bukan lah makluk yang susah dikenali..
mereka pun manusia biasa macam kita tetapi memiliki suatu kelebihan yang tiada pada manusia biasa..
dalam Al-Quran ada menjelaskan tentang lelaki soleh..


“Dan diantara ahli kitab ada sekelompok orang yang berlaku lurus. Mereka membaca ayat-ayat Allah di malam hari, sedang mereka bersujud (maksudnya, mengerjakan solat malam sambil membaca kitabullah). Mereka beriman kepada Allah dan hari akhir, mereka mengajak pada kebaikan dan mencegah dari perbuatan mungkar, dan mereka bersegera mengerjakan kebaikan-kebaikan. Mereka itulah orang-orang yang soleh”. (Ali Imran 133-134).

biasanya, tanda-tanda lelaki soleh adalah :-
1.   Seseorang secara tekun dan sabar menunaikan kewajiban pokok, seperti solat 5 waktu, zakat dan puasa Ramadhan. Kemudian dia menjalankan ibadah tambahan, baik berupa solat sunat, puasa sunat serta bersedekah dijalan kebaikan.

2.  Seseorang yang menjauhi perbuatan dosa besar, seperti membunuh, berzina, sihir, memakan harta riba, menganiaya anak yatim, derhaka kepada orang tua, dan sumpah palsu.

3.  Seseorang yang cakna dengan keadaan sekelilingnya. Ketika disekitarnya banyak orang yang meninggalkan kewajipan, dia mengajak mereka mengerjakan kewajiban itu. Begitu pula ketika disekelilingnya banyak orang melakukan perbuatan dosa, dia mencegah agar perbuatan itu dijauhi atau dihentikan. Jika dia memiliki ilmu, dia memberi nasihat dengan perkataan atau melalui tulisan. Singkatnya, hatinya tidak tenteram ketika melihat perintah Allah diabaikan dan larangan Allah dikerjakan.

4.  Seorang yang sentiasa bersemangat untuk menambah kebaikan, baik ilmu, keimanan dan amalan. Dia tidak merasa puas dengan kebaikan yang sudah diperoleh dan tidak merasa jenuh untuk berbuat yang lebih baik. Setiap kali kita bertemu dengannya, dia akan selalu lebih baik dari sebelumnya.

5.  Seorang yang mendedikasikan dirinya untuk sungguh-sungguh untuk menjalankan solat tahajjud di akhir malam. Dalam solat itu dia bacakan ayat-ayat yang mampu dia hafal dari Al Qur’an. Jika boleh, hafalannya selalu bertambah dari waktu ke waktu. Namun tidak bererti jika apa yang dihafalnya, hilang kembali.

6.  Seorang lelaki soleh tidak akan membiarkan di dalam rumahnya ada perilaku-perilaku buruk yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT.


7.  Seorang lelaki soleh tidak mungkin akan berbuat zalim kepada saudara semuslim, apalagi kepada orang tua, mertua, isteri dan anak-anaknya. Tidak semua suami boleh memenuhi kewajipannya terhadap keluaraga secara adil, tetapi bagi seorang lelaki soleh, dia akan berusaha sekuat kemampuannya. Dia hanya akan berhenti berusaha jika sudah tidak ada lagi jalan yang boleh ditempuh. Jika usaha maksima telah ditempuh, tetapi hasilnya tidak memadai, dengan lapang dada dia akan meminta maaf atas kekurangan dirinya. Singkatnya, mustahil dilakukan oleh seorang lelaki soleh untuk membiarkan keluarganya menderita, bahkan terlintas dalam fikirannya pun tidak. Seorang lelaki soleh akan menghargai pendapat atau pandangan isterinya dan keluarganya, meskipun tidak semestinya akan selalu menurutinya.

8.  Seorang lelaki soleh bersikap lapang dada dan memaafkan kekurangan isteri dan anak-anak beserta keluarganya. Seorang lelaki soleh tidak akan membuka aib-aib keluarganya di depan umum. Membuka aib keluarga sama dengan membuka aib diri sendiri. Seorang lelaki soleh tidak akan mengkhianati kepercayaan keluarganya. Didepan keluarganya dia baik, dan ketika jauh dari keluarganya pun, dia tetap baik.

9.  Seorang lelaki soleh tidak takut kepada isteri atau anak-anaknya serta keluarganya, tetapi takut kepada Allah yang selalu mengawasinya. Berbeza dengan banyak lelaki yang manis di depan isteri dan mertuanya, tetapi sebaliknya ketika jauh dengan isteri. Dan yang paling utama, seorang lelaki soleh bersedia bertanggungjawab menghadapi tuntutan Allah di akhirat ketika ditanya tentang anak-anak dan isterinya.


Oleh itu, kepada kaum wanita, jika anda ingin mendirikan rumah tangga..carilah lelaki yang soleh..
yakni boleh membimbing anda dunia dan akhirat..
Rasullullah s.a.w bersabda..

“ Sesempurna keimanan seorang mukmin, ialah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian ialah yang paling baik kepada isteri – isterinya “. ( HR. At-Tirmidzi )

Hurmm..sama-sama lah kita berusaha untuk menjadi seorang lelaki yang soleh..
(saya cakap ni sebab saya pun seorang lelaki..hehe)
baiklah..setakat ini saja tuk hari ni..
diharap apa yang saya kongsikan ini diterima baik oleh semua..

Assalammualaikum..

sumber : sini..

Read more...

Sunday 18 September 2011

9 CIRI WANITA IDAMAN LELAKI..


Assalammualaikum..

Paradigma mukmin
Hari ini aku nak share pada sahabat-sahabat semua pasal wanita..sesungguhnya kejadian wanita  ini sungguh unik iaitu tercipta dari tulang rusuk nabi Adam..Kat sini aku nak kongsikan 9 ciri wanita yang menjadi idaman setiap lelaki..Antara ciri-ciri tersebut :-
1.Berpegang kepada agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.
2.Kecantikan dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.

3.Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.

4.Pandai menjaga kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.

5. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.

6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.

7. Tidak Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.

8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawah ini:
.:: – Bersopan satun
.:: – Senantiasa memberikan senyuman ikhlas
.:: – Menutup aurat
.:: – Ramah dan mesra
.:: – Tidak terlalu cemburu
.:: – Menghormati orang lain
.:: – Senantiasa memaniskan wajah


Gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama. Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta. Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri..

Sekian pada hari ini..
kredit-sini..
terima kasih..

Read more...

Friday 16 September 2011

LOGHAT TEMAN..

Assalammualaikum..
Salam 1 Malaysia..

Hari ni 16 september 2011..
Malaysia buat sambutan kemerdekaan yang ke-54..
sebelum terlupa aku nk ucapkan "Selamat Hari Malaysia" kepada semua rakyat malaysia..
huhu..(tetibe semangat patriotik..hehe)

Selalunya kalau hari-hari macam ni orang ramai bercakap pasal agama, bangsa, budaya, warna kulit dan macam-maam lagi..
konon tak ada beza la kan.."1 Malaysia"..semua sama..kannnnn..haha..
tapi aku nak buat kelainan sikit..
aku nak cakap tentang loghat negeri lak..(konon tak pernah dibuat orang..huhu..)
tak kisah la kita orang utara ke, selatan ke, timur ke, atau barat semua ada loghat masing-masing..
tengok...betapa kayanya loghat kat malaysia ni kan..huhu..

Hurmmm...
tapi disebabkan aku ni orang perak..aku nak cakap pasal loghat perak jele ek..huhu..
aku rase banyk dah penerbit filem dan pencipta lagu yang mempromosikan loghat perak ni..
satu lagu yang paling femes kat perak ni..lagu "doroyan dah berbunge"
semua orang perak mst tau kan lagu ni..huhu..
kat sini aku bagi kome dengo yer...huhu..


Ater..agak-agak nyer kome paham ke lagu ni? huhu..
kalo tak paham buat-buat paham jele ek..
filem-filem gini haghi pun banyak jugak yang berasaskan loghat peghak ni..
kalo teman sebut filem ni mesti kome tau pnya..
meletup filem ni..abis dialognyer jadi perbualan ghamai..huhu..
boleh kata satu fenomena la jugak,,hehe..
filem yang teman nak kabo ni filem
"hantu kak limah balik rumah"
msti kome tau kan..haha..
kat sini teman bagi kome tengok sedutannye yer..huhu..

Hurmm..teman rasa bnyk lagi filem dan drama pasal loghat peghak ni..
mangkor teman nak nulis nyer..
setakat yg teman ingat drama orang gaji 41..alaa..yang pah bedah tu...heeh..
lagi..filem zombi kampung pisang..yang ni kira episod prtama bagi HKLBR la..huhu..
macam-macam lagi ler..
tak larat teman nk kabo nyer...huuhu..

Teringat teman mase blajo kat parit dulu..
memang pekat bebeno loghat deme..
kadang-kadang jenuh nak nangkapnyer..
he'eh..ajer yang yer..
tapi pape pun teman bangge ngan loghat peghak ni..
kalo x cakap loghat peghak ni ghase tak puas..
nak kena cakap gak walau sepatah..haha..(over la pulak)..

Teman ghase pembace blog teman yang bukan asal dari peghak ni pun paham kot ape yang teman tulis..
cume gago sikit le ek..
tak pe ler..belajor sikit-sikit..
lame-lame ceghodik ler..haha..

Kalo kome nanye pasal senarai loghat atau jenis-jenis loghat peghak ni..
kome cari sendiri kat google..
teman nk kabo yang ni je..huhu..
tak lalu teman nak kabo sume..hehe..

Wokeyh ler..
had ni jele ek teman nulis..
nanti biler-biler ade mase teman nulis lagi..huhu..
kalo ghase teman ni salah kome buat-buat tak nampak jele ek..
saje suke-suke nulis..hehe..

Tak kisah la kite org puteh ke, org hitam ke, org coklat ke,..
yang penting kite hormat satu sama lain yer..hehe..
ok..Assalammualaikum..
Salam 1 Malaysia..



Read more...

Wednesday 14 September 2011

"COUPLE" DALAM ISLAM...

Assalammualaikum..

Sejak akhir-akhir ni aku selalu dengar cerita tentang jodoh ni..
kepada yang baru dan akan berkahwin aku ucapkan tahniah..
kepada yang mengalami masalah tu bawak2 la berbincang..huhu..
tapi bukan pasal rumah tangga yang aku nak bincangkan kat sini..

Aku nak bincang tentang pasangan "couple" ni..
ramai kawan-kawan aku yang sedang bercouple ni..
yang hubungan ok tu bagus la..
tapi ada jugak yang asyik bergaduh je..
hurmm..macam-macam..
tapi korang pernah terfikir tak?
ada ke istilah couple ni dalam islam?
elok sangat ke duduk berdua-duaan ni?
hurmmm..
ingat lah pesanan Rasullullah s.a.w.

"Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan" (riwayat tabrani)

Syaitan dan iblis ni adalah musuh kita yang paling nyata..macam2 tipu helah yang digunakan..
sedangkan nenek moyang kita nabi adam dan siti hawa pun terjerat dengan kata-kata iblis inikan kita manusia biasa..
siapa la kita nak dibandingkan adam dan hawa..

Kita sebagai makhluk tuhan perlu berdoa untuk mendapatkan pasangan hidup telah ditetapkan..
jodoh pertemuan di tangan tuhan..takdir kita telah ditetapkan sejak azali lagi..
kita hanya perlu yakin bahawa jodoh akan datang sendiri tanpa kita duga..

Allah s.w.t berfrman..
"boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (albaqarah : 216).


tak perlu la sedih menangis setiap malam kerana dikecewakan dan ditinggalkan..
dan tak perlu la bimbang jika belum menemui jodoh..
kerana semua itu adalah takdir Allah dan ingatlah bahawa Allah lebih mengetahui.. 

Hurmm...bagi pasangan couple tu x perlu la terlalu over dan bangga sangat..
tak ada benda yang perlu dibanggakan..
jaga lah batas-batas pergaulan yang diteetapkan dalam islam..
islam itu indah dan sempurna..
ingat lah cinta dalam islam hnya satu..
iaitu perkahwinan..

Rasullullah s.a.w bersabda,,: 
"tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai selain nikah" (ibni majah).


Hurmm..setakat ni je aku tulis dulu..
aku harap lepas ni orang akan lebih menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan..
kurangkan la duduk berdua-duaan kerana ada mkhluk lain bernama syaitan bersama korang..
aku harap entry kali ni boleh memberi nasihat kpda kita semua..

Sabda Rasullullah s.a.w..: "sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat"..(HR Bukhari dan At-Tirmidzi)

Assalammualaikum..




Read more...

Saturday 10 September 2011

T.I.D.U.R

Assalamualikum..

Hari ni aku nak tulis pasal TIDUR..huhu..
semua makhluk kat muka bumi ni tau apa itu tidur kan..(kecuali tumbuhan..huhu..)
tidur memang suatu yang penting dalam hidup seharian..
cuba bayangkan kalau seharian tak tidur..
mesti semua kerja tak jalan..
rasa letih berlebihan..
kurang memberi tumpuan / perhatian..
jadi cepat marah..
dan yang paling menakutkan adalah berisiko terlibat dalam kemalangan..huhu..
Memang banyk akibatnya kalau tak tidur ni..kan??


Mungkin ada yang tak tahu tentang ni..
orang dewasa memerlukan 6-8 jam sehari..
kalau kurang dari 6 jam mngkin masalah2 di ats akn berlaku..hehe..
tapi...kalau terlebih tidur pulak lain lak jadinya..huhu..

#tiba-tiba teringat zaman duduk kat asrama..
tidur tak kira masa..balik sekolah je lempar beg trus tidur..
kadang-kadang makan tengah hari pun terlepas sebab tidur punya pasai..
bangun-bangun je warden dah terpacak dalam dorm suruh prgi prep..huhu..
tapi bila malam je mata terbeliak..macam dah puas sangat tidur...
kalau dibandingkan dengan burung hantu memang kalah burung hantu..haha..

Hurmm..tidur pun ada koata gak..
kalau dah banyak sangat tidur masa muda ni esok bila dah tua dah tak mau tidur lak..
kita kena la pandai mengatur jadual hidup kita..
jangan la tidur bnyak sangt sampai semua kerja tak leh jalan..
dan jngn la kerja kuat sangat smpai masa tidur pun tak ada..huhu..
biar lah tidur kita hari-hari adalah tidur yang berkualiti..hehe..


Aku selalu dengar bila dah tua kita dah x boleh tidur sangat..
selang sejam mesti terjaga..(mungkin sesetengah orang..huhu)
bagi aku mungkin sebab terlalu banyk tidur msa muda..
tapi memang semakin kita tua semakin kurang masa tidur..
ini memang sudah ditetapkan..
tapi kita fikirlah secara positif..
masa tua la kita nak dekatkan diri dengan tuhan..(bagi yang jauh dengan tuhan..huhu..)
tak payah la dah tua-tua pun msih lagi keluar masuk kelab malam..
malu la dengan orang sekeliling..
huhu..
kalau tetiba jaga jam 2, 3 pagi..terus ambik wudhuk buat solat tahjud dengan solat taubat..kan bagus..
sebab tu la masa tua kita x selalu trjaga..ada hikmahnya..huhu..
tapi yang muda pun apa salahnya buat kn..hehe..

Hurmm..ok lah..
setakat ini dulu...
harap tidur kita brkualiti..
jangan tidur tak sedar diri sudah...huhu..
ok..assalamualaikum..








Read more...

Saturday 20 August 2011

KAWAN VS SAHABAT...

Assalamualaikum..

Hari ini aku nak bercakap tentang tajuk diatas..
korang x yah la tanya benda yang dah korang dah tau..huhu..
tajuk "kawan vs sahabat"..hehe..
Mesti ada yang pelik dengan tajuk ni kan..
ada yang bertanya aku
apa beza kawan dengan sahabat?

Hurm..
korang pernah dgr tak ayat ni..
"mempunyai seorang sahabat yang menghargai adalah lebih baik daripada seribu kawan yang mementingkan diri sendiri"
agak-agak korang kenapa ada perbezaan antara sahabat dan kawan?
kenapa ayat tu tak leh ubah jadi
"mempunyai seorang kawan adalah lebih baik daripada seribu sahabat"?
pelik kan ayat dia,,huhu..
dari situ kite leh tau bezanya tapi mngkin susah nak menerangkannya..huhu..

Aku ni senang sangat nak dapat kawan..
walau kat mana aku prgi aku akan jumpa kawan..
tapi adakah aku boleh cakap  kawan yang aku jumpa tu sahabat?
adakah setiap kawan yang aku jumpa tu akan berada di sisi aku tak kira senang atau susah?
adakah kawan itu akan datang ketika aku memerlukan dia?
atau adakah kawan itu akan bersama aku ketika aku senang sahaja?
hurmm..persoalan yang selalu bermain di kepala aku..

Mungkin kawan itu adalah seseorang yang kite baru kenal..
mungkin juga seorang yang berhubung secara luaran sahaja..
dari segi dalaman kawan itu tidak mengenali kita pun sebenarnye..huhu..

Tapi...
sahabat pula macam mana?
bagi aku sahabat  adalah seorang yang mengenali kita luar dan dalam..
semua masalah boleh dikongsi bersama...
sentiasa ada di sisi kita apabila kita memerlukannya..
tapi yang paling pentng susah untuk ditemui...kan?
hurmm...mungkin disebabkan sahabat ni sukar ditemui kita akan sayang dan menghargai sahabat ini..huhu...(teori sendiri)..

Pada zaman Rasullullah s.a.w pun pejuang yang bersama Rasullullah dipanggil sahabat..
mungkin darjat sahabat ini lebih tnggi berbanding kawan..
apa-apa pun aku sangat bersyukur aku mempunyai kawan yang dipanggil sahabat..
dia lah yang selalu mengambil berat fasal aku..
dia lah yang menggembirakan hati aku semasa aku bersedih..
dia lah yang selalu muncul ketika aku bersendirian..
dia lah yang selalu menghulurkan bantuan..
dan dia lah yang selalu membuatkan wajah aku tersenyum..huhu..



Kepada sahabat-sahabat aku..
aku sangat berterima kasih sebab menerima aku seadanya..
walaupun bahasa aku selalu menyakitkan korang tapi korang x pernah marah aku..
aku harap persahabatan kita akan kekal sampai bila-bila..

Aku harap korang semua akan temui sahabat sejati korang..
kat sini aku sertakan lagu yang sentiasa buat aku mengingati sahabat aku..
dengar lah lagu teman sejati dari brothers..
terima kasih semua..


selamat mendengar..
Read more...

Sunday 14 August 2011

ALOLO..MANISNYA SENYUMAN..

Salam semua..

Senyum seindah suria,
yang membawa cahya,
senyumlah dari hati,
duniamu berseri...

Wah..menyanyi lak arini..hehe..
tapi aku bukan nak ajak korang menyanyi..
aku nak cakap pasal "senyum" ni..hehe..

Pada korang apa makna senyum ek? huhu..
maksd senyum jika dirujuk kamus dewan adalah 
"gerak bibir yang ternaik pada hujungnya tanpa mengeluarkan suara"
hah!! dah tau dh maksd senyum..hehe..

Agak-agak korang la..korang ni jenis mcm mana?
suka senyum atau masam? hehe..
senyum ni bukan nya susah sangt..
dalam masa sekelip mata pun boleh senyum..
tak payah nak kena paksa pun kan? huhu..

Tapi kan...korang perasan tak ada jugak manusia yang tak suka senyum..
masam tak kira tempat..sampai orang tengok pun jadi menyampah..
bangga sangat ke dengan muka masam tu?
kalau lelaki mesti orang kata dia ego..
kalau perempuan lak mesti orang kata sombong..kan???
korang nak ke di label macam tu..
tolong la senyum skit..tak kena bayar pn..haha..

Aku suka tengok orang yg selalu senyum..
tapi jangan lak senyum tak kira tempat..
itu dah macam orang gila lak..haha..
senyuman tu kan manis..
orang kata senyuman iitu satu sedekah..hah!! korang x nak ke bersedekah? huhu,,

Kadang-kadang bila kite "sound" orang yang muka masam ni mesti dia cakap..
"suka hati aku la nak senyum ke tak..muka aku..bukan muka kau"..
pernah tak dgr ayat ni..huhu..
sapa yang terasa tu cepat-cepat la berubah..
memang la senyum tu hak masing-masing...
tapi kite ni hidup dalam satu komuniti..
so, faham2 la..
kalau tak nak hidup dalam komuniti prgi lah ke planet yang tak ada orang ye...huhu..

Hurm..sapa yang tak tau senyum tu tgk gmbr bwah ni..huhu..




x cukup lagi? nah..kucing pun tau senyum..hehe..

Happy Smiling Animals 010 Gambar gambar Senyuman yang Manis dan Menawan

alolo..manisnye senyuman dia..kan?? huhu..
kalau macam ni sapa-sapa yang pandng mesti sejuk hati dia..hehe..

Ok la..stkt ni je dlu..
jangn lupa senyum..haha..
"kurangkan manis dalam makanan, lebihkan manis dalam senyuman"
k salam.. 

Read more...

Friday 12 August 2011

MINYAK WANGI HARAM???

Assalamualaikum..

Hari ni aku nk cakp tntng minyak wangi..
aku yakin 100% semua orang ada pakai minyak wangi kan..hehe..
sapa yang x nak wangi kan..
skrg ni cari je kat mana2 ada je jual minyak wngi..mcm2 jenis pulak tu..huhu..



Tapi aku bukan la nak ckp pasal jenis minyk wangi ni..
aku nak cakp pasal pendapt org tntang minyak wangi ni..
mcm-mcm pndapat diaorg bagi..
yang aku x puas ati sgt depa kta minyk wngi ni haram sebab ada alkohol..
minyk wngi yg elok yang dia jual je...
ceeh...nmpk sgt buat bisnes..haha..

Korang jngn la cpt sgt percya kata2 org lain..
cuba rujuk fatwa-fatwa yang dikeluarkan jakim..
kan senag..yakin..
kalau korang malas nak cari biar la aku tunjuk..huhu..
ini fatwa jakim keluarkan..

Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.


Hurm..nmpak sgt kan minyk wangi ni bukan haram..
tolong la pnjual kat luar sna jngn menggunakan fatwa palsu semata-mata nak lakukan jualan..
jangn smpai abg long fadil marah..Ehh siaal laah~ puiih! ..hehe..


Aku ni bukan la nak ckap pandai..tp setahu aku semua proses pembuatan minyk wangi mmg kena campur alkohol..
kat sini aku letak sekali formula kimia pembuatan alkohol..


alcohol + carboxylic acid = ester


Ester2 ada lah minyak wngi..(untk sapa2 yg x tau..hehe)..
nampak kan setiap formula mngunakan alkohol..
jadi x payah la lps ni korang perlu prgi ke kdai yang kononnya jual minyak wangi tanpa alkohol..huhu..


ok..setakat ni je..
aku harap korang jngn cepat melatah nak beli sesuatu barangn..
rujuk pada sumber yang boleh dipercayai..


ok..Assalammualaikum...




Read more...

Thursday 11 August 2011

hadith palsu

Assalamualaikum..


Hari ni 11 ogos 2011 M bersamaan 11 ramadan 1432 H..
x tau ngape tetibe nak menulis blog ni lak..
mngkin sbb berkatnya bulan ramadan ni..huhu..(alasan)


Hari ni aku nak ckp fasal hadis maudhu atau palsu..
sbnrnya aku x pernah pn ambik tau pasal ni..
baru2 ni aku x ter'search' kat google pasal hadis palsu ni..


fuh..bila baca maklumat tersebut mmg aku terkejut sgt..
rupanya slama ni tanpa kite sedari pelbagai hadis palsu yg kite amalkan..
astaghfirullah..


Aku rasa korang semua mst pernah dgr hadis ni gak kan..

Do’a malaikat Jibril menjelang Ramadhan “Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: 

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma’afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo’a adalah Malaikat dan yang mengaminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat. 

Ini antara hadis palsu yang akan dtg pd bulan ramadan yg mulia ni..
sbnrnya hadis ini tdk diketahui sumbernya dan tidak sahih..


Ini sebelum masuk bulan ramadn..
pada bulan ramadan ni pula kite dgr tentng fadilat yg kite perolehi pada malam2 tertntu jika melakukan solat tarawh..


Antara contoh fadilat yg diperoleh adalah :
· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
· Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.


Hadis ini adalah hdis palsu dan bkannya dr rasullullah s.a.w..


Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)


Ingat lah wahai kawan-kawan bahawa hukum menyebarkan hadis palsu ialah haram..


kat sni sya ingin memberitahu cara-cara untuk mengenal hadis palsu ini..


antara tanda-tanda hadis palsu adalah :-


Pertama, bercanggah dengan ayat al-Quran. Maksud hadis mestilah sesuatu yang tidak bercanggah dengan al-quran dan maksudnya sama ada secara tersurat atau tersirat. Kerana adalah mustahil al quran itu bercanggah dengan hadis dan sebaliknya.


Kedua, bercanggah dengan prinsip dalam Islam. Maksud hadis juga tidak boleh bercanggah dengan prinsip Islam. Umapanya hadis yang mengatakan bersalam sambil mengucapkan sesautu perkataan boleh membawa masuk syurga adalah bercanggah dengan prisnsip Islam yang memerlukan seseorang itu mempunyai akidah dan amal Islam utk syarat ke syurga.


Ciri hadis maudhu` ketiga ialah menjanjikan ganjaran yang besar-besar kerana perbuatan yang tidak seberapa. Umpamanya mendapat 1000 pahala dan masyuk syurga hanya kerana menuang air kepada suami dll.


hurmm..stakat ni jela tulisan aku pada hri ni..smoga apa yang aku smpaikan dpt mmberi pengetahuan baru kepada kwn2..


yang baik dtgnya dr Allah dan yg buruk adalah atas kelemahan sya sndri..


ok..assalammualaikum..


Read more...