SELAMAT DATANG KE BLOG INI..TERIMA KASIH..

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday 11 August 2011

hadith palsu

Assalamualaikum..


Hari ni 11 ogos 2011 M bersamaan 11 ramadan 1432 H..
x tau ngape tetibe nak menulis blog ni lak..
mngkin sbb berkatnya bulan ramadan ni..huhu..(alasan)


Hari ni aku nak ckp fasal hadis maudhu atau palsu..
sbnrnya aku x pernah pn ambik tau pasal ni..
baru2 ni aku x ter'search' kat google pasal hadis palsu ni..


fuh..bila baca maklumat tersebut mmg aku terkejut sgt..
rupanya slama ni tanpa kite sedari pelbagai hadis palsu yg kite amalkan..
astaghfirullah..


Aku rasa korang semua mst pernah dgr hadis ni gak kan..

Do’a malaikat Jibril menjelang Ramadhan “Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: 

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma’afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo’a adalah Malaikat dan yang mengaminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat. 

Ini antara hadis palsu yang akan dtg pd bulan ramadan yg mulia ni..
sbnrnya hadis ini tdk diketahui sumbernya dan tidak sahih..


Ini sebelum masuk bulan ramadn..
pada bulan ramadan ni pula kite dgr tentng fadilat yg kite perolehi pada malam2 tertntu jika melakukan solat tarawh..


Antara contoh fadilat yg diperoleh adalah :
· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
· Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.


Hadis ini adalah hdis palsu dan bkannya dr rasullullah s.a.w..


Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)


Ingat lah wahai kawan-kawan bahawa hukum menyebarkan hadis palsu ialah haram..


kat sni sya ingin memberitahu cara-cara untuk mengenal hadis palsu ini..


antara tanda-tanda hadis palsu adalah :-


Pertama, bercanggah dengan ayat al-Quran. Maksud hadis mestilah sesuatu yang tidak bercanggah dengan al-quran dan maksudnya sama ada secara tersurat atau tersirat. Kerana adalah mustahil al quran itu bercanggah dengan hadis dan sebaliknya.


Kedua, bercanggah dengan prinsip dalam Islam. Maksud hadis juga tidak boleh bercanggah dengan prinsip Islam. Umapanya hadis yang mengatakan bersalam sambil mengucapkan sesautu perkataan boleh membawa masuk syurga adalah bercanggah dengan prisnsip Islam yang memerlukan seseorang itu mempunyai akidah dan amal Islam utk syarat ke syurga.


Ciri hadis maudhu` ketiga ialah menjanjikan ganjaran yang besar-besar kerana perbuatan yang tidak seberapa. Umpamanya mendapat 1000 pahala dan masyuk syurga hanya kerana menuang air kepada suami dll.


hurmm..stakat ni jela tulisan aku pada hri ni..smoga apa yang aku smpaikan dpt mmberi pengetahuan baru kepada kwn2..


yang baik dtgnya dr Allah dan yg buruk adalah atas kelemahan sya sndri..


ok..assalammualaikum..

No comments:

Post a Comment