SELAMAT DATANG KE BLOG INI..TERIMA KASIH..

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday 6 October 2011

HALAL DAN HARAM..

Assalammualaikum..

Hari ini aku nak berkongsi pasal sesuatu perkara ni..
aku dapat benda ni dari laman sosial facebook..huhu..
punya la panjang lebar benda ni..
nak senarai kan satu per satu makanan haram je motifnya..hehe..
ok lah..aku copy paste jela ye..bagi korang tgk..huhu..(padahal tak larat nak taip..hehe..)

BABI SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI
> 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
> 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
> 3. Ajinomoto ( Thailand )
> 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
> 5. Semua tauhu buatan Orang Cina
> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
> 7. Sabun FAB berbuku
> 8. Lobak Jeruk
> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
> 10. Krim Muka Hazeline Snow
SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)
> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ika n buatan Orang Cina
> 3.. Daging Burger Import
> 4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
> 5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup'
> 6. Berus Gigi Jenis ' Reach'
> 7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
> 8. Semua sabun mandi yang diimport
> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
> 11. Have Pearl Cream
> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina
> 14.. Beehon Segera Siam
> 16. Sabun Mandi Yang Berminyak
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )
> 1. Bosset Wine Gum
> 2. Dairy Milk Coklat
> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
> 4. Sugus Strawberry
> 5. Passer Doily Mixture
> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
> 7. Scothes Vikmin
> 8. Share Extra Atrenght
> 9. Black Current Jelly
> 10. Royal Gulaman & Decart Oranges
> 11. Valvis Gelatin
> 12. Sarung Kapsul Ubat
> 13. Ais Krim dalam bekas plastik
> 14. Gula-gula Fruities
> 15 Cake Mets Vilber Punch
> 16 Coklat Cake
> 17 Tepung Kastard Lady's Choice
> 18 Semua jenis Jelly
> 19 Semua jenis gincu bibir
> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo
> 21 Lady's Choice Jelly
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA
> 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
> 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
> 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
> 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
> 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
> 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND
Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberutahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang.
TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.
Confirm - Pringles Potato Chips - tidak HALAL !!
AMARAN OLEH KERAJAAN M'SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!
Ref. Message: Pringles Potato Chips
Looks like you have to find another alternative to munch.
Just to let you and gang know......... I have checked.. It's true that the chips contain Emulsifier.
Dr Safurah Hj Jaafar ;
Principal Assistant Director;
Ministry of Health , Malaysia ;
Tel: 03-2540088


Ok..dah baca? hehe..
aku rasa mesti ramai dah tau kan pasal artikel ni?
aku tengok kat situ dah 1316 orang yang share benda ni..
wahhh..ramainya..bangga orang yang buat benda ni..haha..

Hurmm..
tapi korang pernah tak cuba cari bukti benda ni betul atau tak? 
pernah tak telefon nombor yang tertera tu?
aku rasa yang 1316 oarng yang share tu semua tak pernah nak cari kebenaran kan?
yang depa tau baca dan share..
konon nak selamatkan umat islam dari mkan benda haram..
memang sangat mulia tindakan tu..
tapi korang sedar tak kalau benda ni tak betul, ia boleh jadi fitnah pada orang lain?
besar dosanya..


Baiklah..tak payah nak cakap banyk kan..hehe..
aku dah cari dekat laman web JAKIM sendiri pasal benda-benda yang disenaraikan diatas..
kebanyakannya semua telah mendapat sijil halal..
pastu buat apa lagi kita nak fitnah syarikat-syarikat yang tak bersalah ni..
ini semua hasad dengki orang nak menjatuhkan orang lain je..
kalau rasa was-was tentang sesuatu perkara tu terus je rujuk kat jakim..kan senang?

Hurm..hari ni jugak aku jumpa satu artikel yang ada kaitan dengan artikel di atas..
DR. SAFURAH HJ JAAFAR..orang yang kononnya bertanggungjawab keluarkan artikel di atas kan?
tapi sebenarnya dia sendiri pun x tau pasal artikel tu..
kat sini aku ambil petikan dari kata dia..

"Tkasih atas email puan,
Nama saya yang terkandung dalam surat yang puan hantar dibawah berkaitan, adalah salah guna nama saya pada tahun 1998-2000!!! Saya tidak membuat apa-apa kenyataan mengenai pringles, dulu, kini dan selamanya ..dan penggunaan nama saya dalam hal ini adalah satu kesalahan amat besar dari segi undang-undang dan dosa besar dari segi ugama.
Saya pun telah maklum kepada ramai pengguna internet yang saya mampu pada tahun 1998 - 2000 salah-laku yang dibuat oleh penghantar dan kali ini perkara yang sama berlaku. Penghantar tanpa segan dan takut meluaskan penghantaran tanpa usul periksa.
Puan boleh memaklumkan kepada kumpulan internet yang berkaitan maklumbalas dari saya. Sila dapat penjelasan terus dari JAKIM dalam hal ini.
Sekian Terima kasih atas keperihatinan puan.
wslm,"

Dr. Safurah ni sendiri pun tak pernah nak sebarkan benda tak betul ni..
tapi kita dengan membabi buta je sebarkan..
bukan dah jadi fitnah ke pada dia? 
hmm..aku dapat artikel ni dari sini.. (takut orang kata aku pandai2 pulak kan..huhu..)

Hurm..setakat ni jela..
lain kali cuba la siasat sesuatu perkara sebelum menyebarkannnya..
tak rugi kita menyusahkan diri kita mencari kebenaran..
daripada menyusahkan kita diakhirat..kan? 

Baiklah..setakat ini ssaja dlu..
Assalammualaikum..


4 comments:

  1. ish2...aku pon dh penin nk prcaye mne 1 ni...huhuu, yg ni kate len, yg tu len...isk2

    ReplyDelete
  2. maknanya boleh makan cadbury ? lail,nak cadbury 1 !

    ReplyDelete
  3. huhu..bria..ala..aku xduk langkawi dh..ko lmbat la..haha..

    ReplyDelete